fb fb fb fb fb

Majikan lindungi, gajikan PATI bakal dikenakan tindakan tegas

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh

KUALA LUMPUR, 20 Januari- Tindakan tegas akan diambil terhadap majikan yang cuba melidungi atau menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) .

Tegas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh, penguatkuasaan undang-undang tidak hanya terpakai kepada warga asing yang tiada dokumen perjalanan dan permit kerja tetapi juga kepada majikan.

"Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan, bukan sahaja dalam kalangan warga asing tetapi kepada majikan terdiri dari rakyat tempatan juga kerana mereka juga boleh disiasat bawah Akta Imigresen.

"Oleh demikian saya ingin mengingatkan kepada semua pihak supaya jangan sesekali melindungi PATI dan menggajikan PATI,"katanya.

Majikan yang didapati menggajikan pendatang tanpa izin boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Imigresen termasuk mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Beliau berkata demikian kepada selepas Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen melibatkan tujuh blok kediaman Pangsapuri Baiduri (Bandar Tasik Kesuma) Beranang Selangor, semalam.

Dalam operasi yang bermula pukul 12 tengah malam itu, seramai 561 warga asing ditahan daripada 752 orang yang diperiksa.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 205 warga negara Bangldesh, Myanmar(200), Nepal (65), Indonesia (43), Pakistan (38), Sri Lanka(3), India (2), Kemboja (2), Sierra Leon (2) dan Cameron (1).

Rata- rata yang ditahan gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah dan tinggal melebihi tempoh masa yang dibenarkan.

Kesemua tahanan dihantar ke Depo Tahanan Semenyih.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE