fb fb fb fb fb

Lelaki mengaku bunuh isteri di hotel

FOTO HIASAN

BATU GAJAH, 20 Jun- Seorang lelaki ditahan selepas mengaku membunuh isterinya di sebuah hotel di Batu Gajah, Perak.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pengakuan dibuat suspek berusia 36 tahun ketika hadir ke Balai Polis Batu Gajah pada pukul 2 petang tadi.

Hasil siasatan polis di hotel tersebut menemukan mayat mangsa berusia 32 tahun dengan kesan tikaman.

Turut dirampas senjata dipercayai digunakan suspek untuk membunuh isterinya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP V K Gunaselan di talian 012-3634341 untuk membantu siasatan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE