fb fb fb fb fb

Lelaki ditemukan maut dalam tangki simpanan air

Gambar hiasan

PANGKOR, 4 Februari – Mayat seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dalam tangki simpanan air di pelantar P5, Sungai Pinang Besar, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 3.15 petang.

"Mangsa ditemukan dalam keadaan terlungkup di dalam tangki simpanan air. Pemeriksaan oleh pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Balai Polis Pangkor atau Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 dan hotline WhatsApp 014-6828005.

GRACE AISYAH KEDAYAN