SUNGAI PETANI, 13 November -Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan dengan seorang wanita di Lencongan Timur, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan berkata, tangkapan dibuat selepas polis mengesan video 19 saat yang memaparkan wanita terbabit melarikan diri daripada sebuah kereta yang masih bergerak.
"Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan pada pukul 8.30 malam tadi.
Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta hubungan antara kedua-dua individu berkenaan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323/184A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Suspek direman dua hari mulai hari ini di Mahkamah Majistret Sungai Petani.