TELUK INTAN, 20 Oktober - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan selepas mengaku bersalah memiliki bahan pornografi kanak-kanak, Mei lalu.
Tertuduh Liew Ming Hui, 24 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret T.Ashvinii.

dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, T.Ashvinii)
Mengikut pertuduhan, Liew Ming Hui didakwa memiliki suatu bahan pornografi kanak-kanak iaitu pemacu pena yang mengandungi video dan gambar melibatkan kanak-kanak.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Besar, Rancangan Perumahan Awam 2, Langkap, pada 4.20 petang, 29 Mei lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang boleh dihukum di bawah seksyen sama.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan kerana memiliki 19,011 dokumen melibatkan video dan gambar kanak-kanak pornografi di dalam pemacu pena.