fb fb fb fb fb

Lebih 81,000 barangan tiruan berjumlah RM4.6 juta dilupuskan

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang S. Jegan sedang melupuskan barangan tiruan dalam Program Pelupusan Ekshibit Mega KPDN Pulau Pinang 2025 di Kompleks Penyimpanan KPDN Pulau Pinang di Bukit Mertajam/RTM

BUKIT MERTAJAM, 30 Oktober - Sebanyak 81,049 unit barangan berjenama tiruan telah dilupuskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang.

Pengarahnya S. Jegan berkata kesemua barangan termasuk pakaian, beg, aksesori wanita, alat ganti kenderaan dan peranti elektronik yang bernilai RM4.76 JUTA.

"Ia melibatkan barang rampasan bagi kes-kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencadukan 2011, Akta Cap Dagangan 2019, dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

"Keseluruhannya berjumlah 81,049 unit yang telah selesai menjalani proses pendakwaan dan pengkompaunan," kata beliau dalam Sidang Media Program Pelupusan Ekshibit Mega KPDN Pulau Pinang 2025 di Kompleks Penyimpanan KPDN Pulau Pinang di Bukit Mertajam.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ