SEREMBAN, 8 November - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya melupuskan pelbagai barangan melibatkan 43 kes, dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan RM631,141.60.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Pencegahan) KPDN, Aris Mamat, pelupusan tersebut melibatkan barangan rampasan sejak tiga tahun lepas.
Tambahnya, barangan rampasan melibatkan barangan tiruan seperti baju, kasut, minuman keras, dakwat pencetak, alat ganti kenderaan dan minyak wangi.
"Rampasan ini bawah Akta Kawalan Bekalan yang melibatkan penyeludupan diesel dan juga barang kawalan.
"Penyeludupan atau barang kawalan sama ada disimpan tanpa lesen, akta cap dagang dan juga trademark (tanda dagangan) bawah Akta Perihal Dagangan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Sidang Media Majlis Pelancaran Pelupusan Ekshibit 2024 di Nilai hari ini.
Jelasnya, kaedah pelupusan yang digunakan adalah kaedah musnah.