fb fb fb fb fb

Kes pukul: Tiga pelajar ditahan reman

Foto RTM

IPOH, 20 Disember-Polis menahan tiga penuntut sebuah universiti selepas disyaki terbabit memukul seorang penuntut lain di bilik asrama sebuah Institusi Pengajian Tinggi di Seri Iskandar, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Hafezul Helmi Hamzah, berkata penahanan dilakukan susulan laporan polis diterima daripada bapa mangsa yang mendakwa anaknya telah dipukul beramai-ramai oleh tiga suspek berkenaan.

Kesemua suspek berusia 18 hingga 20 tahun yang merupakan warganegara ditahan pada Selasa.

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca selisih faham dan provokasi antara suspek dan mangsa.

Mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan akibat kejadian itu berada dalam keadaan stabil.

Kesemua suspek direman tiga hari bermula 18 hingga 20 Disember bagi membantu siasatan polis. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD