fb fb fb fb fb

Kes penyalahgunaan ketum di Arau menurun

Supt Ahmad Mohsin Md Rodi (tengah) pada sesi pelupusan bahan kes berkaitan ketum di Arau

ARAU, 23 November- Kes berkaitan penyalahgunaan Ketum di Arau, Perlis menurun drastik berikutan penguatkuasaan yang giat dijalankan Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau sejak tahun 2021.

Selain itu, keutamaan membanteras mereka yang memproses cecair berkenaan dilihat turut mempengaruhi kepada pengurangan kes berkenaan di kawasan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Arau Superitenden Ahmad Mohsin Md Rodi tindakan membanteras penyalahgunaan cecair ketum merupakan salah satu fokus utama pihaknya.

"Pada tahun 2021 untuk statistik tangkapan bawah Akta Racun 1952 ni, tahun 2021 ada 111 kes, 2022 ada 98 kes dan bagi tahun 2023 ada 38 kes, dan ini sebenarnya mencatatkan penurunan.

"IPD Arau memandang serius masalah penyalahgunaan ketum ini, sebab itu kita meningkatkan usaha untuk mencegahnya,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sebelum menjalankan pelupusan bahan kes berkaitan ketum di Arau, Perlis.

Pelupusan berkenaan membabitkan 304 kertas siatan yang telah selesai dibicarakan sejak tahun 2011 hingga 2022 iaitu melibatkan 2.4 tan daun ketum dan 1,100 liter cecair ketum dengan anggaran nilai RM35,000.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE