fb fb fb fb fb

Kes bunuh di Melaka: Pelajar tingkatan lima direman

Foto fail

AYER KEROH, 13 Jun - Pelajar tingkatan lima yang disyaki membunuh ibu dan abangnya dalam kejadian di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai Melaka, semalam di reman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret N. Sivashangari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu suspek dibawa ke perkarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh menaiki kenderaan polis kira-kira pukul 9.00 pagi.

Semalam pihak polis memaklumkan mengenai penahanan suspek yang disyaki membunuh ibu dan abangnya serta mencederakan adik bongsu-nya di kediaman mereka.

Perasaan dendam dan tekanan belajar disyaki punca pelajar Tingkatan Lima itu bertindak demikian.

Mangsa wanita merupakan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, manakala anak sulungnya pelajar kolej di Melaka.

TETITIA YUSOFF