fb fb fb fb fb

Kes buli MRSM: Polis rekod keterangan lima pelajar

Keterangan semua pelajar berusia 15 tahun itu direkodkan hari ini, untuk siasatan lanjut.

NIBONG TEBAL, 8 April - Polis merekodkan keterangan lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, dipercayai terlibat dalam kes buli yang tular di media sosial sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan DSP Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata keterangan semua pelajar berusia 15 tahun itu direkodkan hari ini, untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan siasatan, tujuh pelajar tingkatan tiga terlibat dalam kejadian itu termasuk mangsa dan perakam.

“Setakat ini lima sudah direkodkan keterangan manakala dua lagi akan direkodkan keterangan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Norazmi berkata pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan dalam masa terdekat sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

Sebelum ini, polis mengesahkan video berdurasi satu minit 31 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang pelajar dibuli di asrama, berlaku di sebuah MRSM di Seberang Perai Selatan pada pertengahan tahun lepas.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini, berkata jawatankuasa disiplin MRSM mengesyorkan pelajar terlibat kes buli itu ditamatkan pengajian daripada maktab itu - BERNAMA

BERITA BERKAITAN

 

GRACE AISYAH KEDAYAN