ALOR SETAR 7 Mei: Polis menahan 35 individu termasuk seorang wanita warga asing ketika leka sedang bermain judi jenis “belangkas ‘ di sebuah upacara kematian di Kampung Tanjung Siam, Pedu Kuala Nerang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam serbuan pada 30 April lalu antara yang turut ditahan warga emas berusia 73 tahun.
Mereka yang ditahan melibatkan 31 lelaki dan 4 wanita.
Pelbagai peralatan yang digunakan untuk berjudi dan wang tunai berjumlah RM 176,981 dirampas.
Kesemua berusia 17 hingga 73 tahun ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah (Akta 593 ) dan dibebaskan dengan jaminan polis
Siasatan dijalankan menurut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 .
Sehingga April lalu, polis melakukan 409 serbuan membabitkan tangkapan seramai 640 orang dan merampas sejumlah RM 310,443 di Kedah.