fb fb fb fb fb

JKDM rampas 78 kenderaan bernilai hampir RM15 juta

Datuk Sazali Mohamad

KLANG, 26 Disember- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah, merampas 78 buah kenderaan dianggarkan bernilai RM14.86 juta menerusi dua operasi yang dilaksanakan di sekitar Pelabuhan Klang.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan) Datuk Sazali Mohamad berkata, menerusi Ops Kitai pada 9 hingga 24 Ogos lalu pihaknya menyita 68 buah kenderaan pelbagai jenis yang disyaki tanpa permit import (AP) dianggarkan bernilai RM13.897 juta termasuk duti dan cukai.

Menurut Sazali kesemua kenderaan tersebut disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1957 kerana mengimport barang larangan yang pengimportannya dibenarkan dengan syarat ia tertakluk Permit Import dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sementara itu dalam beroperasi berasingan yang dijalankan pada 14 Disember pula telah merampas 10 unit kenderaan pelbagai jenis dengan aggaran nilai hampir RM1 juta termasuk duti dan cukai.

"Kesemua kenderaan ditemui di sebuah bangunan terbiar yang dipercayai disorokkan bagi mengelakkan dikesan oleh pihak Jabatan Kastam.

"Jadi siasatan awal mendapati kesemua kenderaan ini disyaki telah disimpan melebihi tempoh yang dibenarkan di dalam gudang berlesen dan perlu dibayar duti dan cukai terlibat serta tidak mematuhi syarat-syarat dalam lesen," katanya dalam sidang media di sini.

Bagaimanapun kes itu sedang disiasat bawah Seksyen 138 Akta Kastam 1967 pelanggaran syarat-syarat lesen gudang dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI