fb fb fb fb fb

Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dibawa pulang ke Sarawak

Mayat, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor, petang semalam, dipercayai dibunuh oleh individu dikenalinya

SUNGAI BULOH, 16 Julai- Jenazah, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, difahamkan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak bagi proses pengebumian.

Ketika ini ahli keluarga masih menanti keputusan daripada ibu mangsa yang masih berada di Sarawak dan dia dijangka tiba di Kuala Lumpur malam ini.

Sementara itu, salah seorang ahli keluarga Nur Farah Kartini memaklumkan kali terakhir dia menghubungi Allahyarham pada 5 Jun lalu.

Dia turut menyifatkan Allahyarham yang merupakan satu-satunya anak perempuan bongsu daripada tujuh beradik itu sebagai seorang bertanggungjawab.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mohd Asri Mohd Yunus memaklumkan proses bedah siasat ke atas mangsa dijalankan di Hospital Sungai Buloh.

Allahyarham Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati dipercayai dibunuh individu dikenalinya.

ARTIKEL BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA