fb fb fb fb fb

Jenazah Bella selamat dikebumikan

Jenazah Bella dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, Batu Pahat

BATU PAHAT, 24 Januari- Jenazah Ibu tunggal Mila Sharmilah Samsusah atau dikenali sebagai Bella, 32 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, Batu Pahat, Johor kira-kira pukul 6.00 petang tadi.

Jenazah tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 5.35 petang dari Johor Bahru disembahyangkan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Masjid Datuk Bentara, Batu Pahat di kampung halamannya.

Ahli keluarga termasuk dua orang anak Allahyarhamah Bella yang berusia dua dan lima tahun berada di kawasan tanah perkuburan.

Semalam, polis mengesahkan hasil analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada penemuan rangka manusia di Kampung Batu Tujuh, Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor pada 19 Januari lalu adalah milik Bella.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata sampel patalogi itu dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 21 Januari lalu dan mengesahkan laporan yang diterima, semalam sepadan dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakaknya. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI