GAZA, 21 Oktober - Israel menasihatkan rakyatnya untuk segera meninggalkan Mesir dan Jordan secepat mungkin susulan ketegangan yang semakin memuncak di Gaza.
Memetik laporan Al-Jazeera, Majlis Keselamatan Israel turut memberi amaran kepada rakyatnya untuk mengelak daripada tinggal di negara Arab lain termasuk Turkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.
Ini termasuk untuk tidak melakukan perjalanan ke Malaysia, Bangladesh, Indonesia dan Maldives.
Media tempatan berkata amaran itu dikeluarkan kerana kebimbangan sekiranya pelancong Israel menjadi sasaran kemarahan rakyat susulan konflik Israel-Hamas pada 7 Oktober lalu.
Sejak serangan tanpa henti oleh rejim zionis Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu telah memberi kesan global apabila pro-palestin mengadakan perhimpunan besar-besaran di seluruh dunia.
Tindakan itu menyatakan bantahan terhadap kekejaman Israel kepada penduduk Palestin.
Mereka yang menyertai perhimpunan kelihatan memegang poster 'Bebas Palestin', mengibarkan bendera Palestin dan menyeru memboikot Israel.