KUALA LUMPUR, 19 Julai- 463 bungkusan makanan ringan pelbagai jenis yang menggunakan logo halal tidak sah dengan nilai dianggarkan berjumlah RM2,720 disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak.
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya membuat operasi ke atas sebuah premis makanan ringan di Kampung Kacang Putih di Buntong kerana disyaki menggunakan logo halal yang tidak sah bagi tujuan perdagangan dan jualan di pasaran.
"Sejumlah produk makanan ringan yang telah ditandakan dengan logo halal tidak sah ditemukan bagi tujuan perdagangan selain mendapati produk dikeluarkan adalah untuk jualan runcit serta borong sekitar utara Semenanjung Malaysia.
"Kes disiasat bawah Perintah 8(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan itu adalah halal," katanya.