fb fb fb fb fb

Empat pengarah syarikat didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan

Foto Hiasan

KUALA TERENGGANU, 8 Januari - Mahkamah Sesyen Terengganu mendakwa empat pengarah sebuah syarikat atas tujuh pertuduhan kerana gagal melunaskan bayaran cukai perkhidmatan berjumlah lebih RM133,000 dan penalti lebih RM53,000.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu diantara tahun 2014 hingga 2021.

Syarikat Perisai Sepadu Security Sendirian Berhad dipercayai milik keluarga Mohd Yusoff Yunus, 64 tahun selaku peneraju syarikat serta Mira Nabiha Mohd Yusof Marini Najihah Mohd Yusof dan Ahmad Afwan Mazlan mengaku tidak bersalah.
 
Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
 
Bagaimanapun salah seorang daripada Orang Kena Tuduh (OKT) iaitu Marini Najihah tidak hadir ke mahkamah ketika prosiding tersebut dijalankan.
 
Mengikut pertuduhan, syarikat tersebut dan kesemua OKS didakwa gagal membayar cukai perkhidmatan yang perlu dibayar kepada Ketua Pengarah Kastam bagi tujuh tempoh bercukai antara Satu Julai 2021 hingga 29 Februari 2024.
 
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 26 kurungan lapan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
Hakim Mohd Zul Zakiquddin membenarkan jaminan RM1,000 oleh seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dikenakan dan menetapkan tarikh 17 Februari ini untuk sebutan semula kes.
 
Pendakwaan kes ini dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia Terengganu Mohd Izwan Ismail dan Nur Zahidah Razali manakala tertuduh diwakili peguam Azrul Alias.

TETITIA YUSOFF