fb fb fb fb fb

Edar dadah, dua penganggur tempatan ditahan

Foto hiasan

LABUAN, 4 Januari- Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan berjaya menahan dua warga tempatan dipercayai mengedar dadah jenis syabu di Taman Perumahan Mutiara tengah hari semalam.

Kedua-dua suspek melibatkan seorang lelaki berumur 24 tahun dan seorang perempuan berumur 31 tahun ditahan kira-kira pukul 12.40 tengah hari di sebuah rumah di taman berkenaan.
 
Ketika tangkapan dibuat, pihak polis menemukan dadah jenis syabu dengan berat lebih kurang 425 gram.
 
Susulan itu, kedua-dua suspek merupakan penganggur ditahan reman selama enam hari sehingga 10 Januari untuk siasatan lanjut.
 
Permohonan reman dibuat dihadapan Hakim Mahkamah Majistret Labuan Kasyfurrahman Abang Ahmad.
 
Kedua-dua suspek dituduh bawah Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
 
Jika didapati bersalah boleh dijatuhkan huluman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan namun belum ada tarikh kes ditetapkan untuk pembicaraan terhadap suspek.
 
Kes disiasat oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Shakiman.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI