SARATOK, 9 Oktober - Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita kerana disyaki terlibat dalam sindiket keldai akaun yang menyebabkan kerugian berjumlah RM7,380.
Ketua Polis Daerah Saratok, Timbalan Penguasa Polis DSP Mathew Manggie berkata, kedua-dua suspek berusia 25 dan 42 tahun ditahan di dua lokasi berasingan di Samarahan, petang semalam.
"Siasatan mendapati suspek dipercayai memperdaya mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan panggilan telefon untuk menyertai pelaburan tidak wujud dengan jumlah keseluruhan melebihi RM70,000," katanya.
Kes berkenaan dilaporkan sejak tahun 2023 dan usaha mengesan suspek dijalankan sejak tarikh laporan diterima.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan curang hingga mendorong mangsa menyerahkan harta.