fb fb fb fb fb

Didakwa minta, terima rasuah dua kakitangan awam direman 4 hari

Kedua-dua suspek berumur 39 dan 44 tahun direman selepas selepas memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan/Foto RTM Labuan

LABUAN, 8 Mei - Dua kakitangan awam terdiri agensi penguatkuasaan direman empat hari kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah antara RM4,800 hingga RM15,000 antara 2021 dan 2022.

Kedua-dua suspek berumur 39 dan 44 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu sebagai balasan melepaskan lori membawa bekalan barang basah tanpa membuat pemeriksaan, dari Labuan ke Menumbok, Sabah.

Mereka ditahan kira-kira pukul 6.30 petang semalam selepas memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan.
 
Perintah reman dikeluarkan Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad, berkuatkuasa hari ini hingga 12 Mei selepas menerima permohonan daripada pihak SPRM.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

GRACE AISYAH KEDAYAN