BALING, 17 Disember -Seorang warga emas maut ditikam cucu sementara ibu mangsa parah akibat ditetak dalam kejadian di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil , Kedah semalam.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe dalam kenyataan berkata, Balai Polis Malau menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu membabitkan dua individu lebih kurang pukul 7.00 malam.
"Mangsa maut berusia 60an nenek kepada suspek manakala seorang lagi parah moyangnya berusia 80an.Siasatan awal katanya mendapati mangsa yang maut mempunyai kesan tikaman di bahagian belakang badan manakala mangsa yang parah mempunyai kesan tetak di belakang leher," katanya menerusi kenyataan itu.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.
Suspek berusia 21 tahun ditahan reman bawah Sekyen 117 Akta Prosuder Jenayah untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.