fb fb fb fb fb

Bekerja tanpa permit, 35 warga asing ditahan

FOTO JABATAN IMIGRESEN NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 14 Oktober- Seramai 35 penjaja warga asing ditahan Jabatan Imigresen Negeri Johor dalam serbuan di sebuah festival makanan di Johor Bahru pada 12 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus menyatakan sebanyak 52 gerai di festival tersebut diserbu menerusi OP SELERA sekitar pukul 8.20 malam.

Penahanan melibatkan 26 warga Thailand dan sembilan warga Indonesia berumur 19 hingga 55 tahun.

Mereka didapati bekerja tanpa permit yang sah, menyalahgunakan pas lawatan sosial, serta membuka gerai jualan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sejak 12 Oktober hingga hari ini, seramai 87 Pendatang Asing Tanpa Izin berjayan ditahan Jabatan Imigresen Negeri Johor.

Penahanan membabitkan beberapa siri serbuan yang dilaksana di kawasan tumpuan warga asing sekitar Johor Bahru dan Kulai.

Trainee2