fb fb fb fb fb

Bekas bendahari masjid mengaku tidak bersalah seleweng wang

Tertuduh, Syaharullah Ismail (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menyeleweng wang masjid berjumlah RM12,000.

JOHOR BAHRU, 4 Mac- Seorang lelaki mengaku tidak bersalah, di Mahkamah Sesyen Johor Bahru , atas pertuduhan menyeleweng wang masjid berjumlah RM12,000.

Perbuatan didakwa dilakukan bekas bendahari masjid berkenaan dua tahun lalu.

Pertuduhan ke atas Syaharullah Ismail dibuat di hadapan Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Dia dituduh menyeleweng wang milik Masjid Al Ubudiah, Machap pada 12 November 2022.

Tertuduh yang kini bekerja sebagai pemandu lori kelapa sawit dibenar diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, selain perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan sehinggga kes selesai.

Tertuduh diwakili peguam A.K Bharathi, manakala kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nur Zahida Muhammad Ruzi, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Kes disebut semula 8 April ini untuk serahan dokumen.

ZEHRA BINTI ZAMBRI