fb fb fb fb fb

Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah dituntut ahli keluarga

Van jenazah UPSI yang membawa Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah ke Pekan, Pahang

SUNGAI BULOH, 18 Julai- Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah selesai dituntut oleh ahli keluarganya pada pukul 2.05 minit petang tadi.

Jenazah akan terus dibawa ke Pekan, Pahang untuk urusan pemgebumian yang dijangka selepas Asar hari ini.

Van jenazah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membawa jenazah allahyarham dengan diiringi ahli keluarga, kakitangan UPSI dan kereta pengiring polis.

Abang mangsa Mohd Farriza Amir Abdullah, 28, berkata jenazah adik bongsunya itu akan disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor di Pekan, Pahang.

Sebelum ini media melaporkan Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6.00 petang pada Isnin lepas.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak dan direman tujuh hari hingga 22 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI