fb fb fb fb fb

59 pengunjung pusat hiburan positif ketamin ditahan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit

MELAKA, 30 Oktober- Polis Melaka mengesahkan penahanan 59 pengunjung sebuah pusat hiburan di Melaka Raya semalam kerana positif dadah jenis ketamin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit menerusi satu kenyataan berkata kesemua mereka yang terdiri daripada 30 lelaki dan 29 wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang.

"Pihak polis memeriksa seramai 108 pengunjung yang berada dalam pusat hiburan tersebut namun hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas mereka mendapati 59 orang daripadanya positif ketamin.

"Kesemua mereka yang positif dadah direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau berkata pihak polis tidak akan berkompromi dengan pengusaha pusat hiburan sekiranya dikesan melanggar undang-undang dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat di talian 06-284222.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE