fb fb fb fb fb

31 warga asing ditahan, salah guna pas lawatan sosial

(FOTO FB Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor)

JOHOR BAHRU, 6 Oktober- Seramai 31 warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan terlibat kegiatan tidak bermoral ditahan di sekitar Johor Bahru, malam kelmarin.

Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Baharuddin Tahir berkata,  tangkapan dibuat hasil serbuan di beberapa premis urutan refleksologi dan spa di daerah itu.

Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki dan sembilan wanita Thailand, tiga lelaki dan tiga wanita Myanmar, 11 wanita dan empat lelaki Indonesia, dan seorang lelaki Vietnam.

(Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Baharuddin Tahir)

Siasatan awal mendapati mereka memasuki negara secara sah dan memenuhi syarat kemasukan bagi tujuan pelancongan.

Pemeriksaan di sekitar premis terlibat, menjumpai bilik rahsia yang digunakan warga asing tersebut untuk bersembunyi semasa serbuan.

Tindakan diambil mengikut Seksyen Enam ( 1 ) ( C ), Seksyen 15 (1 ) ( C ) dan Peraturan 39 ( B ) Peraturan – Peraturan Imigresen 1963.

Selain itu, operasi juga menahan tiga warga tempatan, yang disiasat mengikut Seksyen 56 ( 1 ) ( D )  Akta Imigresen 1959 / 63, kerana melindungi warga asing.

Media Baharu