fb fb fb fb fb

114 warga asing dihukum atas kesalahan imigresen di Johor

FOTO FB JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR

PONTIAN, 7 November - Seramai 114 warga asing dan 12 warga tempatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Pontian, Johor, semalam, atas pelbagai kesalahan imigresen.

Menerusi perkongsian di Facebook, Jabatan Imigresen Johor memaklumkan, hukuman denda antara RM3,000 hingga RM55,000 telah dijatuhkan.

"Hukuman penjara antara lima hingga enam bulan turut dikenakan bergantung kepada pertuduhan yang dihadapi. 

"Antara kesalahan termasuk berada dalam negara tanpa permit, masuk semula selepas disenarai hitam, tinggal lebih masa dan menggajikan pekerja asing secara haram," menurut kenyataan itu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Akta Imigresen 1959/63, dan Akta Passport 1966.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM