KUALA LUMPUR, 5 Mac- Lebih 3,000 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menerima manfaat pembiayaan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), tahun lepas.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata nilai pembiayaan itu melebihi RM50 juta.
"Pembiayaan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kepada seramai 3,501 sahabat usahawan AIM dengan nilai berjumlah RM39.6 juta.
"Kedua, pembiayaan oleh Tekun Nasional kepada seramai 286 usahawan dengan nilai berjumlah RM8.9 juta.
"Ketiga, pembiayaan oleh Bank Rakyat kepada seramai 59 usahawan dengan nilai berjumlah RM1.5 juta.
"Keempat, program bimbingan usahawan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah memberi manfaat kepada 50 orang," katanya di Parlimen hari ini.