fb fb fb fb fb

Ziha Salleh kembali dengan single city pop ‘Romansa’

Ziha berkata, Romansa hadir tepat pada waktunya selepas tiga tahun tanpa sebarang lagu baharu.

KUALA LUMPUR, 20 Ogos - Penyanyi dan pelakon, Ziha Salleh, 30, kembali ke pentas muzik dengan single terbaharu berjudul Romansa, menampilkan genre city pop yang segar dengan sentuhan emosi.

Lagu ciptaan Allan Andersn itu mengangkat tema rindu, keraguan dalam cinta serta keinginan untuk bersama insan istimewa. Dengan susunan muzik retro dan vokal Ziha, karya ini diharap mampu memberi warna baharu kepada industri muzik tempatan.

Ziha berkata, Romansa hadir tepat pada waktunya selepas tiga tahun tanpa sebarang lagu baharu.

“Selepas Allan memperdengarkan demo Romansa, saya terus jatuh cinta kerana ia begitu dekat dengan jiwa saya. Genre city pop ini melambangkan identiti muzik saya yang sebenar,” katanya kepada pemberita RTM.

Allan pula menyifatkan vokal Ziha sesuai untuk genre tersebut.

“City pop paling sedap dinyanyikan oleh mereka yang bersuara ringan. Saya mahu memberi nafas baharu kepada industri muzik Malaysia, bukan sekadar lagu-lagu galau, tetapi muzik yang membahagiakan generasi muda,” jelasnya.

Single Romansa nyanyian Ziha Salleh kini boleh didengar di semua platform penstriman digital utama.

TUN JULIA MOHD TAHIR