KUANTAN, 5 Oktober- Peserta dari Terengganu Md Wahidul Zaman dan Mawar Aqma Mohamad, dinobatkan selaku johan pertandingan Bintang P.Ramlee peringkat Zon Timur, yang berlangsung di Auditorium Darul Makmur Kuantan, malam tadi.
Ia sekali gus melayakkan mereka bertanding mewakili zon timur ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Sarawak pada November depan.
Pasangan yang membawa lagu Mengapa Tak Berkawan dari filem Sitora Harimau Jadian dan lagu solo bertajuk Mengapa Derita, membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta trofi.
Manakala naib johan disandang oleh pasangan dari Pahang, Mohamad Rizki Shukri Rosdi Ali dan Norakmazulaika Abdul Khalid yang membawakan lagu Jikalau Ku Tahu, dan lagu solo Ku Rindu Padamu.
Manakala tempat ketiga disandang peserta pasangan suami isteri dari Kelantan, Mohd Faisal Ali dan Farasuzilawani Roslie.