fb fb fb fb fb

Uji bakat Bintang Klasik 2025 RTM Labuan dapat sambutan menggalakkan

Uji bakat Bintang Klasik 2025 peringkat RTM Labuan

LABUAN, 12 Julai- Uji bakat Bintang Klasik 2025 peringkat RTM Labuan menerima sambutan yang menggalakkan, khususnya daripada golongan belia berumur 18 hingga 35 tahun yang hadir untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat nyanyian masing-masing.

Penerbit Bintang Klasik RTM Labuan, Mc Allister Michael berkata, uji bakat itu menjadi platform untuk mengangkat bakat dan minat golongan muda dalam meneruskan warisan irama klasik.
 
Beliau berkata, penganjuran uji bakat pada tahun ini julung kalinya diadakan di luar Kawasan RTM Labuan.
 
Katanya, ia merupakan satu inisiatif bagi memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan itu, disamping memberi peluang kepada kakitangan LABUANfm mendekati orang ramai.

"Sambutannya amat menggalakkan juga dan banyak bakat-bakat yang baru itu muncul terutamanya golongan umur 18 hingga 25 yang hadir untuk menunjukkan bakat nyanyian mereka", katanya kepada pemberita pada sesi uji bakat Bintang Klasik yang berlangsung di Pentas Teratai Kompleks Ujana Kewangan Labuan.
 
Uji bakat Bintang Klasik 2025 turut diadakan di peringkat negeri dan zon.
 
Seramai enam peserta akan berentap di pentas akhir yang dijangka akan diadakan pada 27 September ini.
 

 

ROSLINA BINTI DIN