LONDON, 21 Mac-Kumpulan rock Ireland, U2, bakal dianugerahkan Ivors Academy Fellowship di Anugerah Ivors tahun ini,
Anugerah berkenaan merupakan anugerah tahunan Britain untuk penulis lagu dan komposer menurut penganjur pada Khamis.
Kumpulan yang dianggotai oleh Bono, The Edge, Adam Clayton, dan Larry Mullen Jr. akan mengikuti jejak Paul McCartney, Elton John, dan Kate Bush dalam menerima penghormatan tertinggi yang diberikan oleh persatuan berpusat yang di UK itu.
Penghasilan lagu mereka diiktiraf kerana "keaslian emosi yang telah menghasilkan beberapa lagu paling berkuasa dalam sejarah rock", kata Ivors Academy, sambil menyebut lagu-lagu hits U2 seperti "I Will Follow", "Pride (In The Name of Love)", "I Still Haven’t Found What I’m Looking For", dan "With or Without You".
Kumpulan U2 merupakan sebuah kumpulan yang tidak gentar menangani isu ketidakstabilan sosial dan hak asasi manusia, membentuk keterlibatan muzik rock dengan aktivisme politik,” kata Akademi dalam satu kenyataan.
“Pencapaian mereka sebagai penulis lagu ditandai dengan keupayaan menggabungkan melodi indah dengan lirik yang sarat dengan mesej sosial dan politik, merangkumi isu peribadi serta sejagat seperti cinta, kepercayaan, peperangan, politik, dan agama.”
Ditubuhkan di Dublin pada tahun 1976, album U2 telah terjual lebih daripada 175 juta rekod di seluruh dunia dan meraih pelbagai anugerah serta penghargaan, termasuk empat Anugerah Ivor Novello.
Mereka adalah penulis lagu Ireland pertama yang menerima fellowship berkenaan, menjadikan jumlah Ivor Academy Fellows meningkat kepada 32.
Tahun lalu, penyanyi rock Amerika, Bruce Springsteen, menjadi penulis lagu antarabangsa pertama yang menerima penghormatan ini.
"Kami sudah menjadi sebuah kumpulan sebelum kami tahu bermain muzik, apatah lagi menulis lagu...
"Sebenarnya, kerana kami tidak mampu memainkan lagu orang lain, itulah yang mendorong kami untuk mula menulis lagu sendiri," kata penyanyi utama, Bono.
“Hero muzik awal kami seperti The Ramones, Patti Smith, dan The Clash menjadi inspirasi kami. Ada satu yang mengubah logam biasa menjadi emas... atau dalam kata lain, mengubah benda yang tidak berharga menjadi sesuatu yang bernilai.
Dinamakan sempena komposer, pelakon, dan penghibur Wales dari awal abad ke-20, Ivor Novello, Anugerah Ivor pertama kali dianugerahkan pada tahun 1956.
Majlis penganugerahan tahun ini akan berlangsung pada 22 Mei di London.-REUTERS.