fb fb fb fb fb

Teater Sungai mengalir lesu tonjol kisah perpaduan era perang

Pengarah Teater Sungai Mengalir Lesu, Aris Othman/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 27 September – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Persatuan Badan Budaya DBP bakal mempersembahkan Teater Perdana Sungai Mengalir Lesu (SML), karya Sasterawan Negara Datuk Seri A. Samad Said.

Teater arahan Aris Othman yang diadaptasi dari novel asal Allahyarham Zakaria Ariffin itu dijadual berlangsung dari 1 hingga 4 Oktober, pukul 8 malam di Auditorium DBP.

Menurut beliau, naskhah yang diterbitkan pada 1967 itu mengangkat kisah masyarakat berbilang kaum sewaktu Perang Dunia Kedua.

Selain itu, karya berkenaan menonjolkan semangat perpaduan, toleransi dan ketabahan rakyat menghadapi cabaran perang.

'' Dalam konteks PNM mengangkat perpaduan itu karya ini melihatkan citra madani itu seperti yang kita sedia maklum dalam sungai mengalir lesu ini berkisahkan berlatarbelakangkan watak-watak madani itu kepelbagaian kaum yang ada dalam tu. Jadi mungkin barang kali dari sudut itu PNM mempersetuju untuk mementaskan Sungai mengalir lesu.

"Dan kita juga menambah sedikit di awalan pementasan itu dengan babak preludenya menggambarkan suasana Singapura memberi gambaran awal bagaimana situasi berlaku ketika Perang Dunia Kedua di Singapura '', katanya pada sidang media Program Pementasan Teater Koleksi Sasterawan Negara Datuk Seri A.Samad Said : Sungai Mengalir Lesu di ibu kota

Jelas beliau, pementasan ini menjadi wadah untuk memanfaatkan khazanah intelektual agar terus segar dan relevan kepada generasi hari ini.

Kerjasama KPN, PNM, DBP dan Persatuan Badan Budaya DBP melambangkan usaha bersepadu memartabatkan seni dan warisan budaya negara melalui karya sastera unggul di pentas teater.

Jelas Arif inisiatif itu bukan sahaja mengiktiraf jasa Sasterawan Negara, malah memperkukuh peranan institusi negara dalam memastikan khazanah sastera klasik kekal hidup dalam jiwa masyarakat.

Tambah beliau, sumbangan daripada hasil jualan tiket pementasan turut akan disalurkan kepada Tabung Gaza.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD