fb fb fb fb fb

Teater Bangsawan Diraja Hikayat Segenta Alam, lebih 1,000 penonton hadir

(Foto Jkkn Perak)

IPOH, 7 Jun- Teater Bangsawan Diraja Hikayat Segenta Alam dihadiri lebih 1,000 penonton sepanjang tiga hari pementasan.

Ia mengangkat kisah Puteri Limau Purut yang dibawa lari ke Aceh.

Menurut Pengarahnya, Datin Shahnoor Zahurin, jalan cerita berdasarkan pemerintahan Sultan Mansur Shah di Perak pada 1600 tahun itu turut mengangkat elemen keunikan dan hikayat golongan bangsawan. 

"Bangsawan ini salah satu warisan negara yang diangkat pada 2007. Faktor berkenaan menjadi tarikan penonton untuk hadir. Contoh macam Hikayat Segenta Alam, buah durian sakti diturunkan macam mana, kayangan macam mana, ramai yang gerun tengok kayangan mistik tersebut. Jadi itu yang ada dalam bangsawan, yang tiada dalam teater moden," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, pementasan kali ini menampilkan 80 peratus barisan pelakon dan tenaga produksi golongan muda agar pendedahan dapat diberikan kepada mereka. 

Ia mendapat kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak dan dipentaskan di Auditorium JKKN Perak bermula dari 4 hingga 6 Jun 2023.


(Foto Jkkn Perak)

Media Baharu