fb fb fb fb fb

Konsert BLACKPINK kaut lebih AS$78.5 juta

(FOTO FB BLACKPINKOFFICIAL)

SEOUL, 5 Jun-Kumpulan K-Pop, Blackpink cipta rekod dunia apabila memperoleh hampir AS$10 juta bagi satu malam konsert di Mexico.

Menurut Touringdata dan Pop Base, konsert BLACKPINK di Mexico telah mengutip AS$9.9 juta untuk satu malam dan AS$19.9 juta  untuk dua malam, secara rasmi menjadi konsert dengan kutipan tertinggi bagi kumpulan muzik dalam sejarah.

Jelajah Dunia Born Pink BLACKPINK bermula di Seoul pada Oktober 2022 dan telah singgah ke Amerika Utara, Eropah dan Asia.

Konsert jelajah Born Pink juga merupakan konsert jelajah dengan kutipan tertinggi oleh kumpulan wanita.

Ia telah mengutip lebih AS$78.5 juta mengatasi rekod AS$78.2 juta yang sebelum ini dipegang oleh Spice Girls.

Persembahan kumpulan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini juga mencatatkan antara jualan tiket tertinggi untuk jelajah dunia Born Pink, dengan lebih 62,000 tiket terjual.


(FOTO FB BLACKPINKOFFICIAL)

Media Baharu