(Laman sesawang rasmi 'One Piece')
TOKYO, 7 Jun- Komik popular Jepun 'One Piece' dihentikan sementara selama empat minggu daripada 'Weekly Shonen Jump' susulan pelukisnya, Eiichiro Oda menjalani pembedahan mata, minggu depan.
Pengumuman itu dikeluarkan menerusi laman sesawang rasmi manga terbabit, semalam.
"Keluaran ke-28 tahun ini akan diterbitkan pada 12 Jun, namun dukacita keluaran ke-29 hingga ke-30 ditunda.
"Kepada semua pembaca, saya memohon maaf kerana membuat anda menunggu. Siri ini dijadualkan disambung semula dalam keluaran ke-33 yang akan diterbitkan pada Selasa, 18 Julai," katanya.
'One Piece' pertama kali muncul dalam bentuk manga (buku komik) di Jepun pada tahun 1997 dan versi anime (siri TV animasi) selepas dua tahun dengan lebih 1,000 episod.
(Kenyataan Eiichiro Oda menerusi laman sesawang rasmi 'One Piece')