JITRA, 30 Jun- Tarian Lenggok Cinta Sayang, tarian warisan budaya dari negeri Kedah perlu diketengahkan dan diangkat bukan sahaja diperingkat tempatan , malah dipersada antarbangsa.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata produk kesenian itu perlu dipromosikan lebih hebat lagi.
"Saya rasa kita telahoun diperingkat antarabangsa, kita telahpun ditonton melalui RTM Klik itu satu, tapi kita perlu menambahkan usaha kalau di negara lain contoh Bharata Natyam dari India. Mengapa kita ketengahkan Lenggok Cinta Sayang, saya rasa ini satu produk harus kita ketengahkandan perlu kita promosikan lebih lagi,"katanya.
Datuk Suhaimi ditemui selepas Pertandingan Akhir Lenggok Cinta Sayang di Jitra, malam tadi.
Beliau melahirkan kekaguman dan berpuashati dengan tarian yang dipersembahan yang disifatkan sangat luar biasa.
Namun penambahbaikan dan pembaharuan terutama daripada aspek penyediaan promosi perlu dibuat lebih awal sebelum siaran ke udara.
Ia sekali gus dapat menarik penonton di luar negara khususnya turut sama menonton terutama di aplikasi RTMKlik.