fb fb fb fb fb

Hari Karya Lestari FDAM beri kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan

Pengerusi FDAM, Datuk Afdlin Shauki

KUALA LUMPUR, 30 Jun- Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN), menganjurkan Hari Karya Lestari FDAM di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini buat julung kalinya.

Sebuah kempen kesedaran kesihatan untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahlinya akan penyakit-penyakit berkaitan jantung dan faktor penyebabnya.

Menurut Pengerusi FDAM, Datuk Afdlin Shauki kempen itu dirancang untuk menimbulkan kesedaran akan tahap kesihatan jantung kepada khususnya kepada pengarah filem dan penggiat seni dalam negara.

"Selain daripada kelestarian kepada kerjaya, karya-karya kita, kita kena cari kelestarian pada diri kita, jaga kesihatan diri, sayangi diri kita barulah kita boleh sayang orang lain,"ktanya.

Menurut Pengarah Sukan Kardiovaskular dan Kecergasan merangkap Pakar Perunding Kanan Bedah Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr. Jeffrey Jeswant Dillon pula, kolaborasi ini juga satu kesedaran pentingnya menjaga kesihatan kepada dunia seni tempatan.

"Untuk kali pertama ini saya rasa sambutan di pihak FDAM dan pihak IJN sangat memberansangkan, jadi ini boleh jadi pencetus kepada program berpanjangan,"kata Datuk Ser Dr. Jeffery.

Program sehari tersebut menggabungkan elemen riadah, acara berjalan santai dan pendedahan simptom penyakit-penyakit jantung, respitori, renal, limfatik, diabetes dan hipertensi.

Taklimat dan ceramah tentang pencegahan, demonstrasi CPR, pendedahan kemudahan di IJN, pendedahan kepada insuran kesihatan dan perkongsian testimonial pesakit juga turut diadakan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE