fb fb fb fb fb

Citra Pawana, johan Pertandingan Akhir Lenggok Cinta Sayang 2024

Nazatul Asyikin Mohd Najib, guru pembimbing Citra Pawana

JITRA, 30 Jun- Kumpulan tari, Citra Pawana dinobatkan  sebagai juara Pertandingan Akhir Lenggok Cinta Sayang 2024 yang berlangsung di dewan POLIMAS, Jitra malam tadi.

Selaku juara, mereka menerima wang tunai RM10,000, sebuah trofi dan sijil.

"Alhamdullilah, saya sangat bersyukur segala usaha penat lelah komitmen para pelajar berlatih dalam dua minggu selepas Aidiladha baru kami mula sebab sebelum itu sibuk dengan pertandingan lain,"kata Nazatul Asyikin Mohd Najib, guru pembimbing Citra Pawana.

Naib juara disandang, kumpulan tari Aurastar dan mereka membawa pulang wang tunai  RM8,000 trofi dan sijil penghargaan.

Kumpulan tari Citra Kasturi dari SK Bandar Puteri Jaya, Sg Petani pula  di tempat ketiga dan persembahan terbaik.

Kesemua kumpulan tari perlu mempersembahkan tarian wajib, Tarian Cinta sayang dan tarian pilihan yang telah dipilih penganjur.

Hadiah kepada semua pemenang disampaikan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman.

Hadir sama, Pengarah Penyiaran negeri Kedah, Nur Hafizoh Idris.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE