fb fb fb fb fb

Sri Pahang FC sasar kedudukan lima teratas Liga Super musim ini

(Foto FB Sri Pahang FC)

KUANTAN, 26 Februari - Menjelang sepak mula perlawanan Liga Super 2022, Sri Pahang FC meletakkan sasaran untuk menghuni lima kedudukan teratas pada musim ini.

Sasaran itu dilihat amat realistik berdasarkan beberapa rombakan pemain yang dibuat termasuk melantik Ketua Jurulatih baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata ketika ini pasukannya dalam usaha membentuk persefahaman antara pemain, selain turut berdepan risiko jangkitan COVID-19.

"Kita letak sasaran Liga Super ini lima teratas dalam siri liga, itu sasaran kita. Semua tahu bahawa kebanyakkan pemain Pahang ini adalah baru dan pasti kita akan diuji dengan kesefahaman dalam satu pasukan."

"Walaupun cabaran itu ada namun saya rasa dibawah jurulatih Christophe Gamel beliau akan membentuk kesefahaman itu dalam masa terdekat sebagaimana disebut beliau cabaran kita adalah COVID-19," kata Suffian pada sidang media selepas majlis pelancaran jersi baharu Sri Pahang musim 2022, di sini.


(Jersi baharu Sri Pahang FC musim ini/FB Sri Pahang FC)

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel berkata latihan intensif kini sedang dilakukan bagi membentuk persefahaman antara pemain yang baharu pulih daripada kecederaan.

Pada musim lalu, skuad Tok Gajah menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ke-10 manakala dalam kempen Piala Malaysia pula hanya sehingga peringkat kumpulan.

 

Media Baharu