KUALA LUMPUR, 25 Februari - Persatuan Olahraga Selangor (POS) menuntut tindakan drastik dari Pesuruh Jaya Sukan (PJS) untuk mengesahkan Mesyurat Agung Tahunan persatuan itu yang diadakan pada 12 Disember lalu.
Sekiranya tiada penyelesaian segera, POS akan membawa perkara tersebut ke mahkamah.
Jelas Presiden POS Norhayati Karim, minit mesyuarat telah diserah kepada PJS pada 5 Januari lalu untuk pengesahan namun masih tiada sebarang maklum balas.
"Kami keliru dengan apa maksud dua surat yang berbeza yang bertarikh kebelakang dan mambawa maksud yang tak sama. Jadi kami mengambil masa untuk bersidang, mengadakan mesyuarat peringkat POS, apakah tindakan yang harus diambil dan semua ahli POS bersetuju untuk mendapat khidmat nasihat undang-undang," menurut Norhayati.
Susulan itu semua program yang dirangka tidak dapat dilaksanakan termasuk membantu ahli persatuan tersebut yang terlibat banjir baru-baru ini.