KUALA LUMPUR, 9 Mei- Showcase Seri Malaya yang bakal berlangsung pada 17 Mei depan di Dewan Tunku Abdul Rahman MaTiC di ibu negara bakal menampilkan gabungan unik muzik tradisional, tarian dan lakonan dalam usaha melestarikan warisan budaya negara.
Acara berkenaan mendapat kerjasama Kementerian Komunikasi, MyCreative Ventures, Persatuan Ghazal Johor Malaysia, ARTease, serta Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur.
Persembahan berkenaan akan menampilkan barisan artis terkenal tempatan seperti Rojer Kajol, Asmidar, Kajol Zuraidah, Orkes Melayu Rojer dan pelakon cilik berbakat, Mikael Noah.
Mohd Rozaidi Syukry atau lebih dikenali sebagai Rojer Kajol berkata, persembahan berkenaan menyatukan elemen mendidik dan berhibur.
"Keunikan persembahan ini terletak pada naratif lakonan Mikael Noah yang menyatukan keseluruhan persembahan dalam bentuk penceritaan menyentuh emosi, sekali gus mendidik dan menghibur.
"Saya juga mengharapkan supaya muzik melayu asli ini tidak akan mati di tanah air sendiri," katanya.
Sementara itu penyanyi Asmidar, menyifatkan usaha murni dalam memperjuangkan seni tradisi Melayu bukan sesuatu yang mudah.
"Jadi kita seperti melawan arus, jadi untuk menongkah arus memang susah. Sekiranya arus deras, ia menambah kesukaran untuk mengorak langkah.
"Begitulah perumpamaannya dalam memartabat muzik Melayu asli di Malaysia ini. Persembahan ini juga memberi peluang kepada penonton konsert ini," katanya.
Pelbagai genre muzik akan dipersembahkan seperti zapin, joget, inang, asli dan ghazal akan dipersembahkan, diiringi alunan Orkes Melayu Rojer dan vokal para penyanyi utama yang mempesona.
Showcase Seri Malaya bertujuan mendekatkan generasi muda kepada keindahan seni tradisional serta membangkitkan rasa bangga terhadap warisan bangsa.
Harga tiket akan dijual pada harga RM40 hingga RM100 menerusi tempahan di