KUALA LUMPUR, 8 Disember- Penganjuran konsert daripada penyanyi luar dilihat sebagai persaingan sihat bagi memajukan industri muzik tempatan.
Demikian dinyatakan penyanyi legenda, Datuk Sheila Majid.
Sheila Majid, 57 turut berpendapat, "penyanyi atau pemuzik harus berjiwa besar untuk menyanjungi sentimen keakraban dan diplomasi budaya yang sejak sekian lama terjalin antara Malaysia dengan negara lain."
Sheila ditemui pemberita RTM pada sidang media Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023.
Konsert yang bakal berlangsung pada 18 Mac tahun depan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu menjanjikan persembahan berbeza dengan lagu-lagu kegemaran peminatnya.
Pelbagai elemen menarik terutamanya melibatkan susunan muzik akan ditampilkan pada konsert tersebut.
Dengan menampilkan konsep 'big band', penyusunan muzik pada konsert berkenaan diketuai oleh pengarah muzik, Mac Chew melibatkan 23 orang pemuzik.
Harga tiket Sheila Majid Big Band Live in Kuala Lumpur 2023 dijual pada harga bermula RM288, RM488, RM588, RM688, RM888 dan RM1,288 (VVIP).
(Sheila Majid)