fb fb fb fb fb

Serangan seksual: Aktor Perancis,Depardieu bakal dibicarakan Oktober

Pelakon legenda Perancis,Gerard Depardieu hadapi tiga tuduhan berhubung serangan seksual / Foto AFP

PARIS, 30 April - Aktor legenda Perancis, Gerard Depardieu bakal dibicarakan atas tuduhan serangan seksual pada Oktober, kata Pendakwa raya Paris pada Isnin.

Keputusan itu dibuat selepas pihak polis menyiasat aktor berkenaan berhubung dakwaan yang dibuat oleh dua wanita terhadapnya.

Bintang berusia 75 tahun yang telah membuat penampilan lebih 200 filem dan siri televisyen didakwa atas tuduhan rogol pada 2020 dalam kes berasingan.

Dakwaan itu memaksa aktor berkenaan mengakhiri kariernya pada musim luruh lalu ketika dakwaan serangan dan gangguan seksual terhadap Depardieu semakin memuncak.

Depardieu menafikan tuduhan tersebut.

Selepas polis menjalankan soal siasat terhadap Depardieu pada Isnin lalu, pihak pendakwa berkata aktor berkenaan akan didakwa atas tuduhan melakukan serangan seksual pada September 2021 ketika penggambaran filem "The Green Shutters.

"Gerard Depardieu telah diberi saman sebelum sesi pendengaran kes di mahkamah jenayah. Dia akan dibicarakan pada Oktober 2024 atas tuduhan serangan seksual yang dilakukan pada September 2021 terhadap dua wanita ketika di set penggambaran filem 'The Green Shutters', kata polis dalam kenyataan.

Menurut polis, wanitapertama mendakwa Depardieu melakukan serangan terhadapnya ketika wanita berkenaan merupakan kru filem 'The Green Shutters' pada 2021.

Wanita berkenaan yang merupakan pereka set memfailkan aduan pada Februari tahun ini memberitahu penyiasat bahawa Depardieu memeluknya ketika di set penggambaran di sebuah hotel persendirian di Paris.

Wanita itu turut mendakwa aktor tersebut meraba-raba pinggang dan perut sebelum payudaranya. Depardieu turut mengeluarkan beberapa perkataan lucah sebelum dileraikan oleh pengawal peribadi.

Peguam kepada wanita berkenaan, Carine Durrieu-Diebolt berkata pengumuman perbicaraan itu merupakan satu kelegaan terhadapa anak guamnya.

"Terdapat ramai lagi mangsa", kata Diebolt sambil berkata terdapat 25 lagi mangsa yang mengalami serangan seksual oleh Depardieu.

"Sudah tiba masanya, dia (Depardieu) diadili", kata Deibolt.

Seorang lagi wanita yang bekerja di set "Green Shutters" turut menuduh pelakon itu melakukan keganasan seksual.

Wanita ketiga pula mendakwa Depardieu meraba-raba seluruh tubuhnya dan membuat kenyataan "tidak wajar" semasa dia berusia 24 tahun dan menjadi pembantu di set filem 2015 "Le magician et le Siamois" ("The Magician and the Siamese") , katanya kepada akhbar serantau Le Courrier de l'Ouest.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD