fb fb fb fb fb

Selena Gomez, Benny Blanco sah bergelar suami isteri

Selena Gomez dan Benny Blanco/Foto AFP

LOS ANGELES, 28 September -Pelakon dan penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Selena Gomez, telah melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, penerbit muzik Benny Blanco, dalam satu majlis serba mewah yang diadakan di California Selatan pada Sabtu.

Bintang siri Only Murders in the Building itu memuat naik beberapa gambar dan video majlis perkahwinan di akaun Instagram miliknya, memperlihatkan beliau mengenakan gaun pengantin manakala Blanco atau nama sebenarnya Benjamin Joseph Levin tampil segak dalam sut tuksedo.

Menurut majalah Vogue, majlis perkahwinan tersebut berlangsung di Hope Ranch, Santa Barbara County, kira-kira 145 kilometer barat laut Los Angeles.

Majlis itu turut dihadiri kira-kira 170 tetamu, termasuk sahabat baik Gomez dan penyanyi pop terkenal, Taylor Swift, penyanyi Ed Sheeran, sosialit Paris Hilton serta rakan pelakon dari siri Only Murders in the Building, Steve Martin dan Martin Short.

Pasangan itu turut dilaporkan mengenakan busana perkahwinan rekaan Ralph Lauren, menurut Vogue.

Gomez, 33, dan Blanco, 37, mula mengumumkan hubungan mereka secara terbuka pada Disember 2023, sebelum mengikat tali pertunangan setahun kemudian. – AFP

TETITIA YUSOFF