fb fb fb fb fb

Sean Paul bakal gegarkan Kuala Lumpur pada Oktober

Konsert Sean Paul di Malaysia pada 10 Oktober

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Penyanyi rap Jamaica Sean Paul, 52 bakal membuat persembahan di Malaysia dalam satu konsert istimewa pada 10 Oktober depan.

Penonton pada konsert itu bakal dihiburkan dengan lagu popular nyanyian Sean.

Kali terakhir beliau datang ke Malaysia adalah pada 2018 dan Sean meluahkan keterujaannya menjelang konsert tersebut.

"Setiap kali berpeluang bertemu dengan peminat di seluruh dunia, ia adalah satu peluang yang hjebat buat saya. Saya tidak sabar untuk kembali ke Malaysia. Sokongan daripada peminat di Malaysia memang luar biasa.

"Saya juga bakal menyampaikan lagu terbaharu berjudul Ginger secara langsung. Lagu ini mempunyai keunikan tersendiri dan saya yakin peminat akan suka dengan lagu ini," katanya.

Sementara itu menurut wakil Epic Elation, konsert tersebut bukan sekadar persembahan, ia adalah medium meraikan kepelbagaian budaya dan hubungan sesama peminat muzik.

"Kami amat teruja untuk membawa Sean Paul kembali bertemu peminat di Malaysia pada Oktober ini.

"Dengan kerjasama rakan-rakan strategik, kami komited untuk memberikan persembahan terbaik pada konsert berkenaan secara langsung yang luar biasa," katanya.

Tiket konsert berkenaan akan dijual secara rasmi bermula 21 Julai pada harga RM363 hingga RM473.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI