fb fb fb fb fb

Sambutan luar jangka, Konsert Kasih Kekasih Inteam bertukar lokasi, tarikh

Kumpulan Inteam (Syah, Hazamin dan Rahim)

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Kumpulan nasyid tersohor tanah air, Inteam, mengumumkan bahawa Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun akan berpindah lokasi lebih besar iaitu di IdeaLive, Petaling Jaya dan bertukar tarikh iaitu pada 28 September depan.

Perkara itu susulan sambutan luar biasa dalam kalangan peminat nasyid tempatan dan lokasi berkekaan merupakan sebuah dewan yang mampu menampung hingga 5,000 penonton.

Sementara itu pada perncangan awal konsert tersebut dijadualkan pada 27 September namun ia dianjakkan sehari kemudian.

Salah seorang anggota Inteam Mohd Syahril Abdul Khalid atau lebih dikenali sebagai Syah menyatakan rasa syukur dan terharu apabila tiket konsert di lokasi asal sebelum ini habis dijual dalam tempoh hanya dua jam selepas dilancarkan.

Ia membuktikan bahawa sokongan peminat terhadap Inteam masih kekal utuh selepas lebih dua dekad dalam industri seni tanah air.

"Kami tidak menyangka sambutan sebegitu hebat. Peminat turut mencadangkan agar kami menambah malam kedua atau memilih lokasi yang lebih besar. Maka kami mengambil keputusan untuk berpindah ke IdeaLive, Petaling Jaya.

"Pada awalnya kita hanya menyasarkan 1,200 peminat yang akan membeli tiket konsert, namun sangkaan kami meleset apabila lebih 80,000 pengguna cuba untuk membeli tiket konsert ini," katanya.

Bagaimanapun, pembeli tiket terdahulu tidak perlu bimbang – mereka akan diberikan tempat duduk istimewa dan terkehadapan di zon masing-masing dan akan dihubungi pihak urusetia bagi pengesahan tempat duduk dan pemakluman pertukaran tarikh.

Pembeli tiket awal juga akan diberikan hadiah istimewa sebagai penghargaan.

Konsert berkenaan dijangka akan menyajikan lebih 25 buah lagu dan medley nostalgia, termasuk penampilan istimewa anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad, serta beberapa artis jemputan yang masih dirahsiakan.

Peminat yang terlepas pembelian tiket sebelum ini boleh bersiap sedia pada 14 Jun nanti. Sekiranya masih belum berjaya mendapatkan tiket.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI