KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Warna-warni sambutan Deepavali yang bakal diraikan tahun ini dikongsi bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan seluruh rakyat Malaysia menerusi pilihan tayangan program-program terbaik sepanjang perayaan ini.
RTM melalui tiga saluran utamanya iaitu TV1, TV2, dan Okey bakal menyediakan variasi program khas yang bakal menceriakan sambutan Deepavali tahun ini.
RTM menyediakan sesuatu yang menarik untuk semua, sama ada bagi peminat drama yang mengusik emosi atau penggemar muzik yang memeriahkan suasana,
Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton di kaca televisyen, RTM juga menawarkan pilihan tontonan secara digital melalui platform RTMKlik, yang boleh diakses di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.
Berikut adalah program-program menarik yang akan disiarkan sempena sambutan Deepavali tahun ini:
Filem: Padayappa I 19 Oktober | Masa: 9.00 malam | Saluran: TV2
Kisah Padayappa, seorang jurutera muda yang pulang ke kampung selepas kematian bapanya. Dia kehilangan harta pusaka akibat pengkhianatan saudara, lalu bangkit semula dengan usaha sendiri. Filem ini juga menonjolkan konflik cintanya dengan Neelambari yang obses padanya, serta nilai kekeluargaan, maruah dan keadilan.
Telemovie: Oviya Vanthachi I 20 Oktober | Masa: 10.00 pagi | TV2
Tharun seorang pereka fesyen yang berjaya berasal dari sebuah kampung dan ayahnya tidak berkenan dengan kerjaya Tharun kerana tidak memilih untuk menceburi bidang pertanian sepertinya. Akhirnya, Tharun dan ayahnya berpisah selama beberapa tahun. Oviya anak kakak Tharun menyatukan kembali keluarganya.
Telemovie: Neram I 20 Oktober I 3.00 petang I TV2
Kisah mengenai dua buah keluarga mempertahankan rumah pusaka mereka daripada dilelong untuk jualan.
Muzikal Khas: Titikum Deepavali Kondattam I 20 Oktober I 9.00 malam I TV2
RTM dan Astro berganding bahu untuk meraikan Deepavali dengan sebuah persembahan istimewa yang penuh gemilang–satu kerjasama bersejarah yang menjadi titik perubahan penting dalam landskap media Malaysia. Barisan artis tersohor termasuklah Darkkey, Santesh, Amos Paul, Balan Kash, Arulinee, Hemitra, Iris, Ganesan, Lisa, Thivya, serta legenda seni tanah air Manivanan dan Puvaneswaran.
Telemovie: Marappadhilai Nenje Nenje I 21 Oktober I 3.00 petang I TV2
Sundar dan Jessica berkahwin walaupun kedua-dua mereka berlainan agama. Namun, pertengkaran berlaku antara mereka apabila ibu Sundar tidak menerima Jessica sebagai menantunya. Sundar dan Jessica membuat keputusan untuk berpisah, namun akhirnya mereka bersatu kembali.
Telemovie: Appa, Chew Ming & … I 21 Oktober I 9.00 malam I TV2
Gopal, duda tinggal berseorangan setelah anak perempuannya berkahwin. Gopal berhasrat berkahwin semula dengan pilihan hatinya, Chew Meng namun ditentang hebat oleh anaknya, Santha. Namun apabila kebenaran terbongkar membuatkan Santha bersetuju dengan keinginan ayahnya.
Telemovie: Kolattam I 22 Oktober I 3.00 petang I TV2
Sangkaran seorang warga emas, mengajar tarian tradisional India (Kolattam) di kuil, namun dia mendapati golongan remaja semakin tidak meminati tarian tersebut. Dengan bantuan cucunya, dia cuba untuk membangkitkan minat tarian ini di kalangan masyarakat melalui media sosial.
Telefilem: Kasih Nirmala I 18 Oktober | Masa: 1.30 petang | TV1
Kisah Nirmala yang memikul tanggungjawab membesarkan adik-adiknya selepas kematian ibu mereka. Setelah dihalau oleh keluarga ayah dan ibu saudara, mereka tinggal bersama Wati, kawan mendiang ibu mereka. Bermulalah kisah kegigihan Nirmala mahu berjaya.
Telefilem: Untukmu Amma I 19 Oktober | Masa: 10.00 malam | TV1
Kisah Amma seorang ibu tunggal bekerja keras demi membesarkan anak-anaknya, Karna dan Arjun. Dia tidak meminta balasan sebaliknya dipenenuhi impian kecilnya. Namun apakah maksudnya itu?
Dokumentari: Wanita Ikon: Juruterbang Wanita India Pertama Malaysia I 20 Oktober | Masa: 11.00 malam | TV1
Menampilkan Kapten Lohappriya Manisagaran, juruterbang Wanita India pertama negara. Kegraduan keuruteraaan dan mekanikal dan bekas peserta kadet Udara di UPNM. Selepas menamatkan latihan ketenteraan, beliau kini berkhidmat di Subang.
Dokumentari: Citra Deepavali I Setiap Khamis – Sabtu I 12.30 tengah hari I Okey
Bersiaran mulai 2 Oktober 2025, dokumentari bersiri ini mengupas makna di sebalik perayaan Deepavali.
Drama: Jangan Tidur I 20 Oktober I 10.00 malam I Okey
Mengisahkan Azmir, Danish, Syukri, dan Vijay merupakan rakan baik sejak universiti meraikan parti untuk Syukri di sebuah inap desa terpencil. Lalu berlaku berbagai situasi yang sukar diduga mereka.