KUALA LUMPUR, 18 November- Penyanyi popular lewat era 70-an dan awal 80-an, Rozita Rohaizad terus melebarkan karier seninya dalam nyanyian dan lakonan.
Terkini, Rozita dalam perancangan untuk mengadakan persembahan kebudayaan di Batam, Indonesia.
"Antaranya untuk persembahan makan malam akhir tahun, tahun baharu, saya pun akan buat persembahan yang berjudul macam Jawa kerana saya banyak pergi ke Indonesia. Jadi saya banyak kawan-kawan yang menjemput saya untuk bersama mereka.
Mengakui suka bereksperimentasi, terkini Rozita telah merakamkan sebuah single berirama keroncong dan merancang untuk merakam beberapa buah single lagi untuk tahun 2024.
Ditanya mengenai bakat nyanyiannya yang diwarisi dari ibu saudaranya, Biduanita Allahyarhamah Puan Sri Saloma, Rozita turut mengakuinya
"Dia (Saloma) seorang yang feminin dia tidak macam emak saya, emak saya lebih, ape orang kata lebih ranggi, saya ini macam kombinasi, saya boleh jadi Saloma, saya bole jadi Mariani. Saya menyanyi ikut Saloma", katanya.
Rozita ditemui pada program Nostalgia D Klasik, di Radio Klasik, Angkasapuri.